Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

Hasrat Malaysia sertai BRICS tarik minat negara ASEAN lain

ByZhahrulniza

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Hasrat Malaysia untuk menyertai BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) telah menarik minat beberapa negara ASEAN lain untuk turut sama menjadi sebahagian blok ekonomi itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah ini mengukuhkan lagi ekonomi serantau selari dengan matlamat ASEAN untuk memastikan hubungan antara negara tidak terjejas.

“Kita tidak mahu ASEAN menjadi gelanggang percaturan atau pertembungan kuasa-kuasa besar. Kalau dulu Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Soviet dan kini AS dengan China. Oleh sebab itu, kita terus tingkatkan hubungan dengan China apabila kita mendekati BRICS malah beberapa negara ASEAN turut mengambil keputusan yang sama,” katanya

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan berbangkit daripada Ahli Parlimen Gombak, Datuk Datuk Seri Amirudin Shari mengenai langkah kerajaan untuk memastikan kestabilan ASEAN dapat dipelihara di saat menangani masalah geopolitik pada masa depan.

Anwar anggap BRICS mekanisme penting kurangkan kebergantungan terhadap dolar

Mengulas lanjut mengenai cabaran geopolitik semasa, Anwar berkata Malaysia komited untuk mengutamakan usaha-usaha melalui dialog dan diplomasi, berlandaskan prinsip Kepusatan ASEAN ke arah memelihara rantau yang aman, stabil, selamat dan makmur.

“Malaysia akan menggembleng sumber ASEAN ke arah membina masa depan ASEAN yang lebih terangkum dan mampan, merentasi pelbagai aspek kehidupan demi kesejahteraan berkekalan rantau ini dan rakyat,” katanya.

Anwar anggap BRICS mekanisme penting kurangkan kebergantungan terhadap dolar

Pada masa sama jelasnya, Malaysia akan terus memupuk dan mengukuhkan hubungan ASEAN dengan Rakan Dialog dan lain-lain rakan luar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan