Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kertas cadangan tersebut telah dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi. Foto Alexander Nanta Linggi (FB)

Belanjawan 2025: Reformasi DE nilai terbaik perbelanjaan MADANI

ByAsmah Adenan

KUCHING, 15 Okt: Reformasi dasar berhubung Pengurusan Perbelanjaan Pembangunan (DE) merupakan agenda penting yang perlu diberikan perhatian untuk mendapatkan nilai terbaik daripada perbelanjaan MADANI.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini berkata kertas cadangan itu telah dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi yang telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi tadi.

Menurut Nanta, mesyuarat mengambil maklum akan beberapa permasalahan struktur yang perlu ditambah baik, melibatkan kelewatan pelaksanaan projek, bebanan fiskal dan ketidakcekapan perancangan projek DE.

“Memandangkan Kementerian Kerja Raya (KKR) dan agensinya, Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) merupakan jabatan teknikal dan mengawal selia sektor pembinaan dan infrastruktur, perihal reformasi dasar Pengurusan Perbelanjaan Pembangunan (DE) amat terkait dengan KKR dalam meningkatkan kecekapan kerja.

“Saya amat mengalu-alukan cadangan yang dibentangkan dan berharap agar reformasi ini akan dapat dilaksanakan dengan sokongan dan kerjasama erat daripada semua kementerian dan agensinyang berkaitan secara inklusif dan holistik.

“Saya juga mengambil kesempatan dalam mesyuarat ini, memaklumkan bahawa sehingga 30 September lepas, sebanyak 85.9 peratus (171 projek) RP4 RMKe-12 bernilai RM10 juta ke atas yang dilaksanakan oleh JKR telah dikenal pasti untuk dilaksana secara BIM,” katanya menerusi kenyataan tersebut.

Jelas Nanta, salah satu faedah menggunakan teknologi “Building Information Modelling (BIM)” ialah keupayaan untuk memberikan pandangan menyeluruh mengenai sesuatu projek.

“Ini membolehkan kontaktor untuk mengesan kelemahan reka bentuk dan mengenal pasti potensi konflik pada awal proses pembinaan.

“Melaksanakan teknologi BIM dalam proses pembinaan juga akan mengurangkan kemungkinan reka bentuk semula dan senario kerja semula semasa pembinaan, menjimatkan masa serta mengurangkan kos selari dmegan reformasi yang dihasratkan,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan