Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyampaikan Cek Bantuan Dana Rumah Ibadat Agama-agama Lain Fasa 3/2024 kepada wakil penerima di Kuching pada Selasa. Foto TVS

74 rumah ibadat terima geran berjumlah RM20.66 juta

KUCHING, 15 Okt: Sebanyak 74 rumah ibadat di Sarawak menerima geran keseluruhan berjumlah RM20.66 juta dalam fasa ketiga Bantuan Dana Rumah Ibadat Agama-Agama Lain hari ini.

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) melaporkan, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, setakat ini terdapat baki peruntukan sebanyak RM9.576 juta daripada jumlah keseluruhan RM110 juta yang telah disediakan kepada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) bagi tahun ini.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa terdapat penerima dari satu hingga dua tahun lepas yang masih belum menggunakan dana yang diberikan.

Katanya, dana yang disalurkan bertujuan untuk membantu rumah ibadat menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi, dan bukannya untuk disimpan sebagai simpanan jangka panjang.

“Kami masih mempunyai beberapa penerima dari satu hingga dua tahun lepas yang belum menggunakan dana ini, jadi kami mempunyai polisi di mana jika dana yang diberi awal tidak digunakan, maka kami tidak boleh memberikan lagi. Ini bukan tempat untuk anda mencari ‘fixed deposit’ bagi rumah-rumah ibadat anda, tetapi dana ini adalah untuk menyelesaikan masalah anda,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Cek Bantuan Dana Rumah Ibadat Agama-Agama Lain Fasa 3-2024 di sini pada Selasa.

Tambah Datuk Amar Douglas, beliau menekankan pentingnya rumah ibadat menggunakan bantuan ini secara efisien demi kepentingan komuniti masing-masing.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Penguang Manggil, serta beberapa Timbalan Menteri lain termasuk Datuk Snowdan Lawan, Datuk Dr Ripin Lamat, dan Datuk Martin Ben, bersama tetamu kehormat yang lain.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan