Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei - Nur Izzuddin atas kejayaan mereka menjuarai Terbuka Artik 2024 di Vantaa, Finland semalam. Foto Ahmad Zahid Hamidi (FB)

TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Sze Fei-Nur Izzuddin juarai Terbuka Artik

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei – Nur Izzuddin atas kejayaan mereka menjuarai Terbuka Artik 2024 di Vantaa, Finland, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook malam ini, Ahmad Zahid berkata kedua-dua pemain itu mempamerkan semangat luar biasa dengan bangkit selepas tewas 15-21 pada set pertama sebelum menang 21-15, 21-19 ke atas pasangan ranking dua dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark

“Perlawanan yang sungguh mendebarkan namun kebangkitan #FeiDin menyuntik semangat juang yang tinggi dan inspirasi buat kita semua. Well done, boys! Saya doakan lebih banyak kejayaan buat anda berdua,” katanya menerusi hantaran itu.

Pada aksi akhir di Energia Areena, Sze Fei-Nur Izzuddin mempamerkan prestasi cemerlang untuk merangkul gelaran ketiga mereka tahun ini, sekali gus meranapkan hasrat pasangan Denmark berkenaan untuk mempertahankan kejuaraan mereka dalam kejohanan Super 500 itu.

Kemenangan hari ini membolehkan mereka melengkapkan koleksi gelaran di semua empat peringkat Jelajah Dunia (Super 300, Super 500, Super 750 dan Super 1000), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai AS$33,180 (RM142,192) manakala pasangan Denmark menerima AS$15,960 (RM 68,396).

Ia juga kejayaan ketiga mereka musim ini selepas muncul juara Terbuka Jepun Ogos lalu dan Terbuka China, bulan lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan