Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mempamerkan prestasi cemerlang untuk merangkul gelaran ketiga mereka tahun ini dengan menjuarai Terbuka Artik 2024 di Vantaa, Finland, semalam.

Sze Fei-Nur Izzuddin bangkit untuk raih gelaran Terbuka Artik

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Okt:  Beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mempamerkan prestasi cemerlang untuk merangkul gelaran ketiga mereka tahun ini dengan menjuarai Terbuka Artik 2024 di Vantaa, Finland, semalam.

Pada aksi akhir di Energia Areena, Sze Fei-Nur Izzuddin bangkit daripada ketinggalan untuk menggagalkan harapan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen untuk mempertahankan kejuaraan mereka dalam kejohanan Super 500 itu.

TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Sze Fei-Nur Izzuddin juarai Terbuka Artik

Selepas permulaan hambar yang menyaksikan mereka tewas set pertama 15-21, pasangan nombor lapan dunia itu berjaya mengembalikan keyakinan dengan kemenangan 21-15 pada set kedua untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Dalam set penentuan, beregu negara ketinggalan empat mata pada 7-11 tetapi berjaya melakukan kebangkitan luar biasa untuk menyamakan kedudukan pada 16-16 sebelum smash padu Sze Fei menutup perlawanan dengan 21-19, sekali gus memastikan gelaran kelima dalam karier mereka.

Lebih manis, kemenangan hari ini membolehkan mereka melengkapkan koleksi gelaran di semua empat peringkat Jelajah Dunia (Super 300, Super 500, Super 750 dan Super 1000).

Kemenangan itu menyaksikan mereka membawa pulang hadiah wang tunai AS$33,180 (kira-kira RM 142,192) manakala pasangan Denmark menerima AS$15,960 (RM 68,396).

Pada Ogos lepas, Sze Fei dan Nur Izzuddin dinobatkan sebagai juara Terbuka Jepun 2024 diikuti dengan kemenangan di Terbuka China 2024,bulan lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan