Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi tidak ketinggalan menjalankan program Sempena Sambutan Hari Sukan Negara (HSN). Foto IPD Marudi

Sibuk bekerja tidak halang anggota polis bersenam

MARUDI, 14 Okt: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi tidak ketinggalan dalam menjalankan progran Sempena Sambutan Hari Sukan Negara (HSN).

Bagi Peringkat IPD Marudi program tersebut disempurnakan Ketua Polis Daerah Marudi, DSP Nor Aizan Mohd Jamil.

Turut hadir sama Pengerusi PERKEP IPD Marudi, Asmawati Alias.

Acara HSN Peringkat IPD Marudi diserikan dengan senaman aerobik dipimpin Persatuan Pendidikan Jasmani dan Rekreasi Marudi.

Nor Aizan berkata, program yang dianjurkan ini adalah amat baik untuk warga polis mengamalkan gaya hidup sihat.

“Aktiviti ini dapat memberikan kesedaran kepada setiap pegawai kanan, anggota dan pegawai awam serta keluarga PERKEP mengenai kepentingan senaman dalam walaupun sibuk dengan tugas seharian,” katanya.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan