Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah

Sambut baik pemasyuran akta libatkan Pelabuhan Bintulu, MOT bakal wartakan apabila rundingan selesai

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Kerajaan Sarawak kini boleh menumpukan pengambilan aset Pelabuhan Bintulu daripada kerajaan pusat susulan pengumuman pemasyuran Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengenai kelulusan dua akta melibatkan Pelabuhan Bintulu iaitu Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pembubaran) 2024 dan Akta Perisytiharan Suatu Kawasan Daerah Bintulu Menjadi Suatu Port Persekutuan (Pemansuhan) 2024.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah menjangkakan perundingan mengenai perkara tersebut akan selesai tahun ini yang akan diwartakan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

“Pada masa ini, proses perbincangan serta penyelarasan di antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan melibatkan hal-hal pengambilan aset, perjawatan serta hal-hal lain sedang berjalan.

“Insyallah, jika semuanya mengikut jadual, ia akan diwartakan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke tahun ini,” katanya ketika ditemui TVS di Parlimen Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian ketika dimintamengulas mengenai pemasyuran YDP Agong dalam meluluskan 19 akta yang diumumkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul semasa Mesyuarat Ketia Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 pada Isnin.

Pada 17 Julai lalu, kedua-dua Rang Undang-Undang melibatkan Pelabuhan Bintulu itu telah diluluskan di Dewan Rakyat dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-15.

Sementara itu, ditanya mengenai cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching baharu yang bakal menggunakan model Lapangan Terbang Antarabangsa Doha di Qatar, Hasbi berkata Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memberi kelulusan bagi pembinaan berkenaan.

“Jadi, perancangan dan pembinaannya itu dirancang di bawah Kerajaan Sarawak sebab ianya kalau tidak silap saya akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak. Saya difahamkan lapangan terbang itu akan dibangunkan oleh Sarawak sendiri,” katanya lagi.

Terdahulu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dilaporkan berkata beliau mahu meletakkan Sarawak sebagai hab penerbangan serantau.

Bukan itu sahaja, rundingan lanjutan dalam proses pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh Kerajaan Sarawak akan dimuktamadkan tidak lama lagi sekaligus memacu pertumbuhan ekonomi di wilayah itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan