Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Polis tahan lima lelaki, rampas dadah lebih 20 kg di Teluk Intan

ByBernama

IPOH, 14 Okt: Polis menahan lima lelaki dan merampas pelbagai dadah dianggar seberat 21.87 kilogram dalam serbuan di sebuah rumah di Chui Chak, Langkap dekat Teluk Intan, Khamis lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata kesemua lelaki berusia 30 hingga 47 tahun yang dipercayai terbabit aktiviti pengedaran dadah itu ditahan pada 8 malam.

“Hasil pemeriksaan, polis merampas empat peket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin dianggar seberat 4.21 gram dan empat peket plastik lut sinar disyaki dadah jenis methamphetamine dianggar seberat 3.12 gram.

“Polis turut merampas 13 bungkusan plastik lut sinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine dianggar seberat 21.8 kilogram. Kesemua dadah dirampas dianggar berjumlah RM787,527,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Azizi berkata pihaknya turut merampas dua kereta dan sebuah motosikal dianggar bernilai RM26,000.

Beliau berkata hasil siasatan mempercayai sindiket itu aktif sejak bulan lepas dan dadah dirampas boleh digunakan 218,664 penagih untuk pasaran di sekitar Perak.

“Suspek berusia 47 tahun didapati mempunyai 23 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah manakala empat yang lain turut mempunyai beberapa kes lampau berkaitan kes sama,” katanya.

Kesemuanya yang positif terhadap methamphetamine kini direman seminggu bermula Jumaat lepas untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan