Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi. Foto fail Bernama

Penyata Kewangan Negeri: Lima negeri terima sijil Ketua Audit Negara pendapat tanpa teguran

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Lima negeri menerima sijil Ketua Audit Negara bagi Pendapat Tanpa Teguran (Unmodified Opinion) untuk Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Dis 2023 yang telah dikemukakan antara Januari hingga Jun 2024.

Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam kenyataan berhubung Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2024 mengenai Kerajaan dan Agensi Negeri yang dibentangkan di Parlimen, hari ini berkata lima negeri berkenaan adalah Johor, Pahang, Perak, Sarawak, dan Sabah.

Beliau berkata jumlah berkenaan adalah daripada keseluruhan 13 Penyata Kewangan Kerajaan Negeri yang telah dikemukakan.

“Lapan negeri iaitu Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu pula menerima sijil Ketua Audit Negara bagi Pendapat Tanpa Teguran (Unmodified Opinion) dengan Perenggan Hal-hal Lain (Other Matters),” katanya.

Ketua Audit Negara telah mengemukakan 260 syor untuk dipertimbangkan pelaksanaannya oleh kementerian, jabatan, agensi serta syarikat kerajaan negeri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan