Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan memukul gong sebagai simbolik perasmian Majlis Citra Warisan Mensia: Lenggang Darul Hana anjuran Anna Sue Couture dengan tajaan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, malam tadi. Foto Bernama

Pengusaha produk warisan Sarawak boleh memohon dana anjur kelas, bengkel

SIBU,14 Okt: Pengusaha-pengusaha produk warisan, kebudayaan dan kesenian di Sarawak boleh memohon dana mudahcara daripada Kerajaan Sarawak untuk membiayai penganjuran kelas atau bengkel membuat produk berkenaan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Snowdan Lawan berkata sebanyak RM10 juta setahun diperuntukkan bagi dana tersebut yang boleh dipohon oleh mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menganjurkan kelas dan bengkel seumpama itu.

“Borang permohonan serta keterangan lanjut juga boleh diperoleh elalui laman sesawang https://mtcp.sarawak.gov.my. Jumlah yang akan diagihkan akan bergantung kepada jumlah hari dan peserta, ada diperuntukan RM30,000; RM50,000; RM70,000 dan RM100,000,” katanya.

Berucap di Majlis Citra Warisan Mensia: Lenggang Darul Hana di sini malam tadi, beliau berkata dana ini diwujudkan untuk memperkasakan penghasilan produk warisan, kesenian dan kebudayaan Sarawak.

“Tugas memperkasakan bidang seni dan kebudayaan di Sarawak adalah tanggungjawab bersama semua pihak melalui penganjuran program pembangunan budaya yang lebih berkesan bagi memastikan seni, budaya dan warisan ini terus kekal relevan dan diwarisi generasi akan datang,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan