Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang pemilik bengkel yang didakwa mengugut bekas pekerjanya. Foto, IPD Ampang Jaya.

Pemilik bengkel disiasat ugut bekas pekerja

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang pemilik bengkel yang didakwa mengugut bekas pekerjanya supaya menarik semula laporan polis yang dibuat sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohd. Azam Ismail berkata suspek dipercayai mengugut mangsa menerusi pesanan suara di aplikasi WhatsApp.

Laporan polis yang dibuat mangsa kata beliau disiasat mengikut Seksyen 380 dan 323 Kanun Keseksaan.

Jelas beliau, mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah pada 8 Oktober lepas.

“Suspek mengugut sekiranya pengadu tidak menarik semula laporan itu, dia tidak akan dapat ke mana-mana sama ada dalam atau luar negara dan mendapat susah serta akan masuk penjara,” katanya menerusi kenyataan mendia hari ini.

Beliau memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan