Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz.

Malaysia bertegas kekal berpegang dasar tidak bersekutu dalam mana-mana blok ekonomi dunia

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Malaysia bertegas kekal untuk berpegang kepada dasar tidak bersekutu dalam mana-mana blok ekonomi mahupun kuasa dunia dalam sektor perdagangan, tegas Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu mengakui berlakunya ketegangan geopolitik antarabangsa pada masa kini, namun katanya ia tidak menjejaskan ekonomi negara dalam jangka masa pendek.

“Sungguhpun ketegangan geopolitik semasa tidak memberi impak yang signifikan kepada Malaysia dalam jangka masa pendek, namun kita tidak harus memandang remeh risiko jangka panjang sekiranya konflik tersebut berlarutan.

“Rusia dan Ukraine bukanlah rakan dagang utama negara, perdagangan dua hala Malaysia dengan kedua-dua negara tersebut bagi tahun 2023 hanyalah sebanyak 0.5 peratus daripada keseluruhan jumlah dagangan antarabangsa negara manakala nilai dagangan dua hala secara individu dengan negara-negara timur tengah yang sedang bergolak juga adalah rendah,” katanya pada sidang dewan rakyat hari ini.

Tengku Zafrul menjawab persoalan yang diutarakan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengenai langkah yang telah diambil kerajaan bagi mengurangkan kebergantungan serta mempelbagaikan strategi pelaburan dan perdagangan bagi memastikan ekonomi Malaysia berdaya tahan daripada dampak ketegangan geopolitik berpanjangan di Rusia-Ukraine serta di Timur Tengah yang kini sudah merebak ke negara sekitar.

Tambah beliau, kementeriannya juga sedang giat berusaha untuk mempelbagaikan strategi pelaburan dan perdagangan bagi memastikan ekonomi Malaysia terus berdaya tahan berpandukan prinsip pengukuhan hubungan diplomasi perdagangan yang pragmatik dengan negara-negara rakan dagang menerusi Misi Galakan Pelaburan dan Perdagangan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan