Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Lelaki maut motosikal hilang kawalan di Lebuhraya Cheras-Kajang

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan di susur keluar KM 15.7 Lebuhraya Cheras – Kajang, kira-kira pukul 4.15 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner (ACP) Naazron Abdul Yusof berkata kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Cheras untuk pulang ke rumahnya di Kajang.

“Motosikal ditunggangnya dipercayai telah hilang kawalan lalu terjatuh ke atas jalan.

“Akibat dari kemalangan itu mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Naazron berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found