BINTULU, 14 Okt: Pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu melakukan khidmat khas mengangkat seorang lelaki obesiti di sebuah rumah sewa di sini, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 4.54 petang dengan menggerakkan anggota BBP Bintulu ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian didapati terdapat seorang mangsa lelaki berusia 48 tahun obesiti berada di dalam bilik di tingkat dua rumah sewa berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pihak bomba membuat size up dan mengarahkan anggota untuk mengangkat mangsa menggunakan selimut dan tali pita.
“Setelah mangsa dapat dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan selamat operasi ditamatkan,” ujarnya. – TVS