Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ding Kuong Hiing menyampaikan hadiah kepada juara Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Sempena KASUS Meradong. Foto TVS

KASUS platform perkasa belia menerusi sukan

ByTVS

BINTANGOR, 14 Okt: Karnival Sukan SABERKAS dilihat sebagai platform penting memperkasa belia dan memupuk semangat kesukanan serta perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, sebagai organisasi belia terbesar, Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) menganjurkan karnival tersebut untuk memberi peluang kepada belia mempamerkan bakat dalam sukan dan mempromosikan gaya hidup sihat.

“KASUS sebenarnya menyediakan platform untuk mengenal pasti dan membangunkan bakat sukan di peringkat akar umbi.

“Malah karnival ini juga menggalakkan interaksi antara kaum dan golongan berbeza melalui aktiviti sukan yang boleh menyemarakkan perpaduan masyarakat,” katanya pada Majlis Penutupan Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Sempena KASUS Meradong di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi SABERKAS Meradong berkata, selain sukan, KASUS juga membuka peluang kepada belia belajar kemahiran kepimpinan dan pengurusan.

Secara tidak langsung katanya, aktiviti sukan yang diadakan membantu menggalakkan kehidupan aktif dan sihat dalam kalangan generasi muda.

“Penyertaan belia dalam SABERKAS sangat penting kerana membantu dalam pembinaan generasi pemimpin masa hadapan dan memastikan kelangsungan pembangunan masyarakat,” ujarnya.

Sementara itu, Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Sempena KASUS Meradong menyaksikan johan disandang STR Reborn, Naib Johan Meradong United manakala ketiga bersama menjadi milik SC dan T.Team.

Hadir sama Timbalan Pengerusi SABERKAS Cawangan Meradong, Ley Chee Hua, Setiausaha SABEKRKAS Cawangan Meradong, Dominir Amor, Timbalan Setiausaha SABERKAS Meradong, Azmi Tambi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan