Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi pada sidang media Sarawak Urban Forum 1.0 di Kuching pada Isnin. Foto TVS

Inklusiviti Sosial Ke Arah Urbanisasi Lestari agenda utama Sarawak Urban Forum

KUCHING, 14 Okt: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bakal mengadakan persidangan Sarawak Urban Forum (SUF) edisi pertama bermula 20 hingga 22 Oktober ini.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, penganjuran forum yang julung-julung kali diadakan merupakan platform untuk pelbagai kementerian, agensi-agensi kerajaan serta swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), para penyelidik dan ahli akademik, pelajar serta warga untuk berkumpul serta membincangkan aspek berkaitan urbanisasi dan kelestarian bandar juga komuniti.

“Tema untuk forum kita pada tahun ini adalah Inklusiviti Sosial Ke Arah Urbanisasi Lestari dan sidang ini merupakan wadah yang terbaik untuk perkongsian isu-isu perbandaran serta program urbanisasi di Sarawak, khasnya dan melibatkan pihak berkuasa tempatan di seluruh Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Sarawak Urban Forum 1.0 di Kuching pada Isnin.

Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Dato Hilmy Othman pula berkata, forum yang membariskan 19 pakar serta panelis daripada Malaysia, Jepun, Brunei Darussalam dan Indonesia ini akan membuka ruang untuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta para peserta lain memperoleh informasi juga idea terkini tentang pembangunan serta perancangan bandar melalui sesi sumbang saran serta bengkel yang akan diadakan kelak.

“Kita merupakan negeri yang pertama mengusulkan satu lagi forum untuk pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk negeri Sarawak. Maka dengan ini, kita memberi peluang kepada pihak berkuasa tempatan di negeri Sarawak untuk berbincang dan berkongsi pandangan mengenai inisiatif-inisiatif yang akan kita jalankan mengenai perkara-perkara urbanisasi perbandaran di semua bandar,” ujarnya.

Antara intipati forum tersebut termasuklah Projek Legasi Stesen 3R Komuniti Pintar serta penubuhan tiga majlis yakni Majlis Belia, Majlis Kanak-Kanak dan Majlis Warga Emas.

Seramai lebih 300 peserta dijangka akan menyertai forum yang akan disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Hikmah Exchange Event Centre.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan