Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat kepada RM1.173 trilion pada 2023, berbanding RM1.08 trilion pada 2022. Foto, Bernama.

Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat kepada RM1.173 trilion pada 2023

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat kepada RM1.173 trilion pada 2023, berbanding RM1.08 trilion pada 2022.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 3/2024, peningkatan itu adalah sebanyak RM92.918 bilion.

Laporan berkenaan turut mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan perlu memberi perhatian terhadap trend peningkatan Liabiliti Persekutuan yang terdiri daripada Hutang Persekutuan dan Liabiliti Kewangan yang meningkat sejumlah RM92.038 bilion (6.6 peratus) kepada RM1.492 trilion berbanding RM1.400 trilion pada 2022.

“Hutang Persekutuan terdiri daripada Pinjaman Dalam Negeri berjumlah RM1.143 trilion dan Hutang Luar Negeri berjumlah RM29.851 bilion.

“Nisbah hutang Persekutuan kepada KDNK pula adalah sebanyak 64.3 peratus pada 2023, meningkat 4.1 peratus berbanding 60.2 peratus tahun 2022,” menurut laporan itu yang diterbitkan hari ini.

Sementara itu, kedudukan defisit fiskal mencatatkan penurunan berjumlah RM8.595 bilion, menjadikan nisbah defisit kepada Keluaran Dalam Kasar Negeri (KDNK) menurun kepada 5.0 peratus berbanding 5.5 peratus pada 2022.

Sijil Ketua Audit Negara pula menyarankan agar Kerajaan Persekutuan melaksanakan perbelanjaan bersasar bagi mengurangkan defisit fiskal dan kebergantungan kepada pinjaman baharu.

“(Ini adalah) dengan meningkatkan kecekapan kutipan hasil, melaksanakan perbelanjaan bersasar dan mempunyai nilai untuk wang serta memantapkan tatakelola kewangan syarikat-syarikat kerajaan,” menurut laporan itu lagi.

Secara keseluruhan, laporan itu berkata prestasi kewangan Kerajaan Persekutuan pada 2023 adalah lebih baik berbanding tahun 2022, berdasarkan peningkatan lebihan hasil berjumlah RM2.028 bilion. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan