Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datu Dr. Adi Badiozaman Tuah mempengerusikan sidang media Anugerah Sastera Sarawak ke-11 di Kuching pada Isnin. Foto TVS

Dr. Abang Patdeli dinobat Sasterawan Negeri Sarawak Keenam

KUCHING, 14 Okt: Melayari hampir empat dekad dalam dunia sastera dan bahasa serta menghasilkan karya-karya yang mampu melahirkan gejolak emosi bercampur-baur serta membina minda pembaca, tidak hairanlah figura bernama Dr. Abang Patdeli Abang Muhi dinobat sebagai Sasterawan Negeri Sarawak Keenam oleh panel Anugerah Sastera Sarawak ke-11 hari ini.

Pengumuman oleh Pengerusi Panel Penilai Anugerah Sastera Sarawak ke-11, Datu Dr. Adi Badiozaman Tuah bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sasterawan seperti Dr. Abang Patdeli cukup dikenali menerusi karya-karyanya termasuklah kumpulan cerpen Urip serta Yang Menang dan Yang Kalah.

“Abang Patdeli Abang Muhi terlibat dalam hampir semua genre dan amat aktif dalam pembentangan kertas-kertas kerja dalam majlis-majlis ilmu seperti bengkel dan seminar, bukan sahaja peringkat setempat tetapi juga peringkat antarabangsa,” ujarnya pada sidang media Anugerah Sastera Sarawak ke-11 di Kuching pada Isnin.

Ahli Lembaga Pengelola Panel Penilai Anugerah Sastera Sarawak ke-11, Dato Dr. Jeniri Amir pula berkata, Dr. Abang Patdeli Abang Muhi layak dinobatkan sebagai Sasterawan Negeri Sarawak Keenam kerana menerusi coretan empunya diri mampu membawa dan memberi ruang kepada pembacanya untuk melihat konteks kehidupan dengan pemikiran yang lebih terbuka serta di luar kotak fikiran menerusi karya-karyanya.

“Pemilihan Dr. Abang Patdeli Abang Muhi adalah berdasarkan komitmen jitu beliau selama 40 tahun dalam bidang sastera, penulisan dan bahasa dan penglibatan beliau ini jelas dalam genre ataupun bidang puisi, cerpen dan kritikan,” katanya.

“Berbanding dengan seorang lagi calon yang telah ditampilkan, karya yang telah dihasilkan oleh beliau, memperlihatkan pemikiran yang tinggi, selain daripada segi gaya ataupun stylenya bermutu dan dapat menyumbang kepada pembangunan pemikiran masyarakat dalam tempoh ataupun jangka masa yang dinilai,” katanya lagi.

Anugerah Sastera Sarawak ke-11 bakal diadakan pada 30 Oktober 2024 di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan