Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
COC kod tatacara penting bagi mengelak konflik serta ketegangan di Laut China Selatan. Tangkap layar Parlimen Malaysia.

COC kod tatacara elak konflik, ketegangan di Laut China Selatan

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Negara-negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) bersama China kini sedang berunding menerusi Code of Conduct in the South China Sea (COC) sebagai satu kod tatacara bagi mengelakkan konflik dan ketegangan di Laut China Selatan tanpa prejudis terhadap tuntutan wilayah dan maritim negara masing-masing.

Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, rundingan tersebut dilaksanakan menerusi ASEAN-China Joint Working Group on the Implementation of the DOC (JWGDOC) dan ASEAN-China Senior Officials Meeting on the Implementation of the DOC (SOM-DOC) berdasarkan Single Draft Negotiating Text (SDNT) COC sebagai asas rundingan.

“Malaysia beriltizam untuk memastikan supaya kod tatalaku ini jika dipersetujui akan menjadi satu dokumen yang efektif dan substantif bagi menangani isu-isu yang berkaitan Laut China Selatan.

“Malaysia akan sentiasa memastikan bahawa COC yang dirundingkan tidak sekali-kali mengetepikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Perkara tersebut dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy yang meminta beliau menyatakan tindakan kementerian di peringkat antarabangsa dalam menangani isu kedaulatan wilayah maritim Malaysia di perairan Laut China Selatan.

Ia berikutan suhu konflik kini yang kian memuncak terutamanya melibatkan negara-negara jiran seperti Filipina.

Sementara itu, mengulas mengenai isu ketegangan antara China dan Filipina, Mohamad Hasan berkata isu berkenaan tidak memberi impak buruk kepada Malaysia berikutan ketegangan itu berlaku adalah di luar kawasan maritim Malaysia.

Beliau menegaskan bahawa kedaulatan dan kepentingan negara sentiasa dijadikan teras utama dalam setiap tindakan yang diambil oleh kerana ia merupakan satu isu yang kompleks dan sensitif.

“Sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2025, Malaysia komited untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai.

“Malaysia akan terus menyuarakan pendirian tegas berhubung isu Laut China Selatan di pelbagai platform bagi memastikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara akan terus kekal terpelihara,” katanya lagi.

Menurutnya, semua pertikaian dan penyelesaian isu-isu berhubung Laut China Selatan hendaklah berdasarkan undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Undang–Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS 1982. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan