Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol (tengah) bersama para pemain Kejohanan Bola Sepak dan Pemilihan Pemain Piala Perak Yayasan Sarawak (Sekolah Rendah) Bawah 12 Tahun Peringkat Daerah Daro di Padang Bola Sepak Betanak, Pulau Bruit, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Semop

Bola sepak: Zon Tanjung Jol juara, 15 pemain wakil Daerah Daro ke peringkat Bahagian Mukah

BySaibi Gi

PULAU BRUIT, 14 Okt: Zon Tanjung Jol menjulang kejuaraan Kejohanan Bolasepak dan Pemilihan Pemain Piala Perak Yayasan Sarawak (Sekolah Rendah) Bawah 12 Tahun peringkat Daerah Daro, hari ini.

Diadakan di Padang Bola Sepak Kampung Betanak di sini, kejohanan itu turut menyaksikan Zon Tanjung Sirik muncul sebagai naib juara manakala tempat ketiga Zon Tanjung Manis.

Datuk Abdullah Saidol bersama para pemain Zon Tanjung Sirik. Foto Pusat Khidmat ADUN Semop

Kejohanan itu membabitkan lima zon dalam Daerah Daro yang turut disertai Zon Tanjung Jati dan Zon Tanjung Alan.

Kejohanan yang melibatkan 75 pemain dan 15 jurulatih adalah juga bertujuan memilih pemain-pemain mewakili Daerah Daro ke kejohanan peringkat Bahagian Mukah di Dalat pada 21 Oktober ini.

Perlawanan bola sepak itu dimeriahkan dengan kehadiran para penonton dari kampung-kampung berdekatan. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol turut sama menyaksikannya.

Hadir sama, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Daro, Rudy Ladi, guru-guru pengiring pasukan dan ketua-ketua masyarakat setempat.

Abdullah yang juga penaung Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Zon Sarawak dalam ucapan ringkas berharap kejohanan ini berupaya mencungkil pemain berbakat dan dipilih bukan setakat mewakili daerah tetapi sehingga ke peringkat negeri.

“Di Sarawak terdapat 10 pusat akademi NFDP, lima untuk belia berumur 12 tahun ke bawah dan lima pusat untuk 17 tahan ke bawah.

“Sehingga hari ini, NFDP Sarawak berjaya melahirkan 10 pemain mewakili negara dan 16 pemain dipilih ke Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari,” ujarnya ketika dihubungi TVS.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop itu lagi, kerjasama guru-guru yang turut berperanan sebagai jurulatih pasukan bola sepak sekolah amat dihargai.

“Semoga pengorbanan mereka dan sokongan ibu bapa akan melahirkan pemain agar mengikut jejak tujuh pemain kanak-kanak Sarawak yang berjaya dipilih menandatangani kontrak dgn Akademi Bola Sepak JDT dan Selangor,” ujarnya.

Beliau turut menyampaikan sumbangan dana kepada wakil pengelola kejohanan tersebut bagi membantu perbelanjaan pasukan yang akan mewakil Daerah Daro dalam kejohanan di peringkat Bahagian Mukah.

Dalam pada itu, pemain-pemain dipilih mewakili Daerah Daro terdiri daripada Muhammad Mujib Adnan, Mohamad Irfan Abdullah, Faris Fandi dan Muhammad Izz Haziq Hassan.

Turut tersenarai, Mohamad Zakaria Abdullah, Adam Miqael Arijam, Muhammad Syafiq Ikhwan Marzuan, Mohamad Nursyamil Syahrin, Eisma Alif dan Abdul Razak Jus.

Mohamad Farish Irfan Abdullah, Rayyan Firash Hassim, Darwis Asfar Osman, Azzizul Fahmy Issaly dan Fiqryl Febryan Allvan juga akan mewakili Daerah Daro.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan