Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto fail Bernama

Berwaspada, ambil tahu perkembangan terkini banjir

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan orang ramai yang berada di kawasan banjir untuk sentiasa berwaspada dan mengambil tahu tentang perkembangan semasa.

Menurutnya, Pahang menjadi negeri terbaru yang terjejas akibat banjir setakat jam 6 pagi tadi.

“Pastikan anda mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga.

“Utamakan keselamatan dan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan jika berlaku sebarang kecemasan,” katanya di X, hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk melayari portal Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di portalbencana.nadma.gov.my/ms/laporan bagi mendapatkan sebarang maklumat terkini mengenai kejadian bencana di seluruh negara.

Menurut aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebanyak tiga pusat perpindahan sementara (PPS) dibuka di Temerloh.

Seramai 79 mangsa banjir daripada 21 keluarga dengan 36 mangsa daripada 12 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Lanchang, manakala 30 mangsa daripada enam keluarga berlindung di Balai Raya Mempateh dan tiga keluarga daripada 13 mangsa ditempatkan di Dewan SMK Sri Semantan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan