MIRI, 14 Okt: Pengguna jalan raya perlu mempunyai kesedaran mengenai pemanduan berhemah bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Hasbi Habibollah berkata, budaya pematuhan undang-undang hendaklah menjadi amalan setiap pengguna jalan raya pada setiap masa.
“Saya ingin mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya mempunyai kesedaran dan mengamalkan pemanduan berhemah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Rasmi Program Bantuan MyLesen (B2) Peringkat Parlimen Miri di sini, baru-baru ini.
Seramai 914 peserta menyertai program tersebut.
Pada masa sama, Hasbi turut mengucapkan tahniah kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, Pusat Khidmat P.219 Miri, Institut Memandu Eg Sdn Bhd dan agensi kerajaan yang menjayakan program tersebut.-TVS