Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenankan sebanyak 19 akta yang telah diluluskan pada sidang parlimen lalu, kata Tan Sri Johari Abdul. Foto fail Pejabat Premier

Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pembubaran) 2024 antara 19 akta diperkenankan Agong

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenankan sebanyak 19 akta yang telah diluluskan pada sidang parlimen lalu, kata Tan Sri Johari Abdul.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat berkata Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pembubaran) 2024 dan Akta Perisytiharan Suatu Kawasan Daerah Bintulu Menjadi Suatu Port Persekutuan (Pemansuhan) 2024 turut telah mendapat perkenan Sultan Ibrahim.

17 akta lain adalah Akta Kastam (Pindaan) 2024, Akta Eksais (Pindaan) 2024, Akta Zon Bebas (Pindaan) 2024, Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2024, Akta Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2024, Akta Audit (Pindaan) 2024, Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024, Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024, Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024 dan Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan) 2024.

Turut sama Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2024, Akta Sistem Insurans Pekerja (Pindaan) 2024, Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024, Akta Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024, Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024, Akta Perubatan (Pindaan) 2024 dan Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024.

17 Julai lepas, kedua-kedua Rang Undang-Undang melibatkan Pelabuhan Bintulu itu telah diluluskan di Dewan Rakyat dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-15.

Susulan daripada keputusan berkenaan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata usaha itu selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan juga Ordinan Lembaga-Lembaga Pelabuhan 1961 bahawa semua pelabuhan di Sarawak adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Sarawak.

RUU berkenaan telah dibentangkan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan