Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyerahkan replika kunci kepada salah seorang penerima. Foto TVS

263 pemilik tanah menerima cek pampasan berjumlah RM75.7 juta

ByMadeline Dugat

KUCHING, 14 Okt: Kerajaan Sarawak menyerahkan cek pampasan berjumlah RM75,718,032.62 kepada 263 pemilik tanah yang terlibat dalam projek Pembangunan Darul Hana.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pemilk tanah di Kampung Pulo Ulu melibatkan 124 Lot Tanah Berhakmilik dan Lot Tanah Hak Adat Bumiputera.

Menurutnya, untuk pengagihan kunci rumah , seramai 60 ketua isi rumah dari Kampung Pulo Ulu menerima kunci rumah bagi projek perumahan Darul Hana.

“Kita menyerahkan kunci untuk 60 penerima yang berjaya dan untuk perumahan yang kita bangunkan di Sungai Bedaun, ini adalah khusus untuk penambahan isi rumah yang datang dari kampung tersebut.

“Hari ini juga kita menyerahkan surat hak milik tanah kepada rumah yang telah pun diserahkan dan surat hak milik tanah ini dikeluarkan di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Cek Pampasan, Surat Hak Milik Tanah dan Kunci Rumah Darul Hana bagi ketua isi rumah Kampung Pulo Ulu di Wisma Sabati, Petra Jaya, disini hari ini.

Pembangunan Darul Hana melibatkan 13 kampung tradisi yang berkeluasan 722 ekar berdekatan Sungai Sarawak bermula dari Kampung Boyan hingga ke Kampung Bintawa.

Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar berkata, projek tersebut merupakan salah satu usaha Kerajaan Sarawak membangunkan kampung tradisi menjadi sebuah kampung moden di Bandar raya Kuching demi mencorak kehidupan masa depan lebih maju dan setanding denga keadaan persekitaran teratur sekali gus mengekalkan warisan kampung.

Untuk rekod, pembangunan Darul Hana adalah projek perintis dalam Program Pembangunan Semula Bandar atau Urban Renewal Project yang sedang giat dilaksanakan Kerajaan Sarawak di bawah Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR) dan diterajui Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA).

Turut hadir, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Datu Abdullah Julaihi, Pengurus Besar Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah Datu Zaidi Mahdi serta Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak Awang Zamhari Awang Mahmood. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan