Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto Nadim Bokhari fail TVS

15 kerusi Singapura perlu diberikan kepada Sarawak, Sabah untuk jamin hak kedua negeri terjaga

ByAdlina Rahman

KUCHING, 14 Okt: Sarawak dan Sabah memerlukan satu pertiga kerusi di Parlimen untuk menjamin hak-hak istimewa kedua negeri dalam Perlembagaan Persekutuan terjaga.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, 15 kerusi Parlimen yang dimiliki Singapura sebelum ini perlu diberikan kepada kedua negeri itu untuk mendapatkan kuota itu.

Menurutnya, selepas Singapura keluar daripada Malaysia pada 1965, semua kerusi milik negara itu tidak diberikan kepada Sarawak dan Sabah menjadikan Malaya memegang kuota melebihi dua pertiga kerusi Parlimen.

Menurutnya, dengan memiliki kerusi lebih daripada dua pertiga, Malaya secara teknikal mampu menghapuskan apa-apa yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk hak Sabah dan Sarawak.

“Malaysia dibentuk oleh empat wilayah ini pada tahun 1963. Namun pada tahun 1965, Singapura keluar meninggalkan tiga wilayah. Sistem kerajaan yang kita ada ialah kerajaan parlimen dan ia perlu dilindungi. Perkataan perlindungan adalah sangat penting. Kalau di Malaysia, kita ada Perlembagaan Persekutuan yang merupakan panduan bagaimana Malaysia harus diuruskan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas hadir di Forum Pembangunan Luar Bandar dan Keusahawanan Antarabangsa ke-7 (ICORE 2024) di sini, hari ini sebagai respons kepada sesetengah pihak yang menyatakan bahawa tuntutan Sarawak dan Sabah kepada satu-pertiga kerusi Parliman tidak ada dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, Abdul Karim turut menyentuh mengenai Rang Undang-undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan.

Beliau memberitahu bahawa Sarawak dan Sabah terkecuali daripada penguatkuasaan RUU itu dan undang-undang Islam terletak di dalam bidang kuasa negeri masing-masing.

“RUU tersebut belum diluluskan dan terdapat kemungkinan ada wakil rakyat yang tidak menyokong pindaan RUU itu,” katanya.

Baru-baru ini tular dakwaan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Sabah dan Sarawak menyatakan bantahan mereka terhadap pindaan RUU Mufti Wilayah Persekutuan yang mendakwa ia akan memberi kuasa besar kepada Mufti Wilayah Persekutuan.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar menyatakan RUU itu akan dibentangkan untuk bacaan kedua dan ketiga dalam sidang Parlimen pada Oktober ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan