Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita cedera selepas pikap dipandu kemalangan kendiri melanggar pokok di Jalan Abdul Rahman, Sibu, pagi tadi. Foto JBPM

Wanita cedera pikap dipandu langgar pokok

SIBU, 13 Okt: Seorang wanita cedera selepas pikap dipandu kemalangan kendiri melanggar pokok di Jalan Abdul Rahman di sini, pagi tadi.

Komander Operasi, Donny Sumping berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 10.20 pagi dengan menggerakkan 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral ke lokasi kejadian.

“Terdapat seorang mangsa kakinya masih tersepit di bahagian hadapan penumpang.

“Pihak bomba bertindak melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa dengan mengalihkan kerusi tersebut bagi melepaskan kaki mangsa yang tersepit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dibawa ke hospital berdekatan bagi mendapat rawatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan