Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis diserikan dengan acara memotong pulut kuning oleh Tun Dr Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah diiringi lagu ‘Selamat Hari Jadi’. Foto TVS

Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah hadiri Majlis Jamuan Teh

KUCHING, 13 Okt: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menghadiri Majlis Jamuan Teh sempena sambutan Perayaan Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Ke-78 Tahun Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di sebuah di sini, hari ini.

Ketibaan Tun Wan Junaidi bersama isteri diiringi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian serta dif-dif kenamaan yang lain.

Majlis diserikan dengan acara memotong pulut kuning oleh Tun Dr Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah diiringi lagu ‘Selamat Hari Jadi’.

Usai itu, turut berlangsung penyerahan sumbangan bantuan kepada 150 penerima yang melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak dan institusi-institusi berkaitan yang disampaikan oleh Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah.

Tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan tarian daripada Majlis Seni Sarawak serta nyanyian artis tempatan iaitu Bob Yusof dan Firdaus Materang.

Sementara itu, tetamu juga disajikan dengan video tayangan sempena Majlis Perayaan Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Ke-78.

Hadir sama Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan yang juga Menteri Bertanggunjawab Majlis Perayaan Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Ke-78, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah serta dif-dif kenamaan yang lain. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan