Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemenang Kategori Veteran Pickleball bergambar kenangan bersama Datuk Snowdan Lawan pada majlis penutupan Kejohanan Antarabangsa Pickleball Borneo (BPIT) 2024 di Kuching pada Ahad. Foto TVS

Populariti sukan pickleball kian melonjak menerusi BPIT 2024

KUCHING, 13 Okt: Populariti sukan pickleball kian melonjak dan ini jelas terlihat menerusi kejayaan penganjuran Kejohanan Antarabangsa Pickleball Borneo (BPIT) 2024 yang melabuhkan tirainya hari ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak, Datuk Snowdan Lawan berkata, tujuan utama penganjuran BPIT 2024 adalah untuk memperkenal selain mempromosikan sukan pickleball kepada masyarakat kerana ia berpotensi untuk disenarai serta dipertandingkan dalam temasya sukan berprestij tempatan serta dunia.

Malah, penganjuran sukan pickleball ini turut menjadi wadah penting dalam menyemarakkan lagi segmen pelancongan di negeri ini.

“Ini juga bagus untuk sektor pelancongan kita, dan ini yang kita maksudkan dengan pelancongan sukan (sport tourism) yang mampu menarik minat lebih ramai orang untuk datang berkunjung ke Sarawak.

“Bayangkan kalau mereka datang bersama-sama keluarga mereka dan kita pasti, selain daripada bersukan, mereka akan turut melancong bersama-sama. Ini secara tidak langsung akan memperkenalkan Sarawak kepada mata dunia,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis penutupan Kejohanan Antarabangsa Pickleball Borneo 2024 di Kuching pada Ahad.

Tambah Snowdan, kejohanan yang julung-julung kali diadakan di Malaysia dan Borneo ini, telah disertai oleh lebih 500 pemain pickleball tempatan serta luar negara yang bersaing untuk merebut hadiah keseluruhan kejohanan berjumlah RM20,000.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pickleball Kuching (PPK) Ruslan Bujang berkata, sukan pickleball mula diperkenalkan di Malaysia pada 2019 dan terdapat lebih 20 kelab pickleball ditubuhkan di Sarawak yang melibatkan empat persatuan di bahagian Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

Katanya lagi, beliau bersama-sama kelab pickleball di seluruh Sarawak giat merencana dan melaksanakan pelbagai program untuk membawa sukan ini ke peringkat yang lebih tinggi.

“Kita berharap agar dengan penyertaan pemain-pemain tempatan serta pemain-pemain handalan dari luar negara seperti Filipina, Indonesia, Thailand dan Taiwan, sukan pickleball ini akan terus maju ke peringkat yang lebih tinggi.

“Ini menandakan bahawa sukan pickleball ini semakin mendapat tempat di kalangan pemain dan peminat sukan ini. Saya berharap kejohanan ini akan menjadi batu loncatan untuk kemajuan sukan ini di Sarawak,” ujarnya.

Kejohanan Antarabangsa Pickleball Borneo 2024 mula membuka gelanggang pada 8 Oktober lalu dan melibatkan para pemain tempatan selain dari negara-negara luar antaranya termasuklah Australia, Filipina, Thailand, Singapura, Taiwan dan Brunei.

Persatuan Pickleball Kuching dan Business Events Sarawak (BESarawak) merupakan penganjur utama kejohanan ini dan mereka disokong oleh Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) Sarawak, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak, Persatuan Pickleball Malaysia (MPA) dan Persatuan Pickleball Sarawak (SPA).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan