Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (tengah) menyempurnakan pelepasan peserta acara Night Run sempena perasmian Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2024 peringkat negeri di Banda Hilir di sini malam ini. Foto Bernama

Melaka komited perkasa pembangunan program sukan secara inklusif

ByBernama

MELAKA, 13 Okt: Kerajaan Melaka komited memperkasa program pembangunan sukan secara inklusif bagi melahirkan masyarakat yang sihat, aktif dan sejahtera.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sukan merupakan antara indikator utama dalam menjamin kesepaduan rakyat, selain menjadi penyumbang kepada sinergi pembangunan ekonomi melalui pemerkasaan sektor sukan yang seiring dengan perkembangan di peringkat global.

“Kerajaan negeri amat mengalu-alukan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui sambutan Hari Sukan Negara (HSN) dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang rakyatnya membudayakan sukan, selaras dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030 (VSN2030).

“Justeru usaha ini perlu terus diperkasa agar kita di Melaka dapat melahirkan komuniti yang sihat dan sejahtera,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan HSN 2024 peringkat negeri di perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir di sini, malam tadi.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azhar Arshad dan Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Datuk V.P. Shanmugam.

Ab Rauf berkata sempena HSN 2024, lebih daripada 43 acara diadakan termasuk pelbagai sukan dan program menarik yang berlangsung serentak di ketiga-tiga daerah di Melaka.

Kira-kira 20,000 peserta memeriahkan HSN 2024 di seluruh negeri ini, yang bermula sejak pagi dengan acara kemuncak sambutan peringkat negeri diadakan pada waktu malam di lokasi tumpuan pelancong, bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Sempena sambutan HSN 2024 ini, tiga acara larian telah diadakan, iaitu Larian Ria MADANI, Night Run, dan Family Walk, melibatkan penyertaan peserta dari pelbagai peringkat usia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan