Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara yang hadir ke Program Semarak Komuniti dan Program Miri City Car-Free Day 2024 hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

MBM terap elemen hijau di kawasan perbandaran

BySalasiah Safian

MIRI, 13 Okt: Majlis Bandaraya Miri (MBM) menerapkan elemen hijau di kawasan perbandaran menerusi kempen ‘No Plastic Bag’, ‘No Plastic Straw’ dan ‘No Styrofoam’ yang dianjurkan oleh Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandaraya serta Seksyen Pembangunan Lestari MBM.

Menurut Setiausaha Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Bandaraya Miri (MBM) Abdul Rahman Taupek, sebagai bandaraya yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi, usaha ke arah mencapai visi “Green, Smart and The Most Liveable International Resort City” sentiasa memerlukan sokongan dan penglibatan aktif semua pihak, termasuk komuniti setempat, agensi kerajaan, sektor swasta, badan korporat, NGO, dan institusi pendidikan.

“Melalui suntikan peruntukan yang disalurkan di bawah Program PKKB ini, Majlis Bandaraya Miri mempunyai komitmen untuk memastikan pembangunan mampan yang dapat memenuhi keperluan semasa tanpa mengabaikan keperluan masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Semarak Komuniti Miri dan Program Miri City Car-Free Day di sini, hari ini.

Program tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan MBM dalam menyokong agenda kelestarian bandar yang dihasratkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB).

Antara objektif program ialah menjadikan bandaraya Miri ke arah sebuah bandaraya rendah karbon, mengurangkan pencemaran udara dengan mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya, memupuk kerjasama dan kebersamaan dalam komuniti melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan, tanpa mengira latar belakang, dan menggalakkan penglibatan pelbagai pihak dalam usaha melestarikan bandaraya Miri.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Bahagian Miri, Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad, Sekitar Bumi Hijau Sdn Bhd, Miri Taichi Physical Culture Association, Eye 1 Recycle (Miri) Sdn Bhd dan Open University Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan