Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemenang Tok Buskers Challenge menerima hadiah semasa Kemuncak Tok Buskers Challenge di Auditorium P. Ramlee di Kuching malam tadi. Foto TVS

Kumpulan D_VOS juara Kemuncak Tok! Buskers Challenge

KUCHING, 13 Okt: Kumpulan D_VOS dinobatkan sebagai juara bagi Kemuncak Tok! Buskers Challenge bertempat di Auditorium P. Ramlee di sini, untuk edisi kedua dengan membawa pulang RM10,000 beserta hadiah iringan malam tadi.

Naib juara pula dimenangi A2A dengan membawa pulang RM7,000 dan kumpulan Duo Simfoni  di tempat ketiga dengan membawa pulang hadiah sebanyak RM5,000.

Manakala bagi tiga kumpulan saguhati masing-masing membawa pulang RM3,000 dan persembahan terbaik turut menerima hadiah sebanyak RM1,000.

Konsep Kemuncak Tok Buskers Challenge tahun 2024 adalah bertemakan “Street Musical” dengan persembahan secara “Live Akustik”.

Secara keseluruhan, seramai enam peserta dari Sarawak telah berentap iaitu A2A, BYB, D_VOS dan CRAMAD (Kuching), TRIO BLAST (Sri Aman) dan Duo Simfoni (Sibu).

Pada tahun ini, terdapat keunikan yang ditampilkan di peringkat kemuncak iaitu terdapat penyertaan daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berjaya menempatkan diri dalam finalis Tok! Buskers Challenge 2024.

Selain itu, terdapat juga persembahan daripada artis undangan bagi memeriahkan pertadingan iaitu Azlan Typewriter, Salma Sis, Daus Eli dan Juara Tok! Buskers Challenge 2023, Adruce Azman.

Penganjuran Tok! Buskers Challenge 2024 turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak bagi mengetengahkan golongan penggiat seni persembahan jalanan.

Ia juga berfungsi sebagai satu platform terbaik untuk mengangkat martabat anak seni Sarawak khasnya hingga ke satu tahap yang lebih tinggi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan