Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hari Mohan bersama pasangan beregunya Varsha Majmudar (kanan) pada majlis penutupan Kejohanan Antarabangsa Pickleball Borneo (BPIT) 2024 di Kuching pada Ahad.Foto TVS

Kepuasan bertarung di gelanggang sukan pickleball terbesar di rantau Asia Tenggara

KUCHING, 13 Okt: Mula melibatkan diri dalam sukan pickleball sejak tujuh tahun lalu, kejayaan demi kejayaan merangkul kejuaraan dalam sukan pickleball mendorong Hari Mohan 50-an yang berasal dari Singapura untuk terus berjuang di gelanggang sukan yang dicintainya ini.

Menurutnya, dia bersama rakan beregunya, Varsha Majmudar sering menghabiskan masa di gelanggang selain berkongsi pengalaman dalam melatih pemain baharu yang ingin menceburi sukan pickleball ini.

Hari yang bertugas sebagai pegawai di syarikat konglomerat di Singapura, merupakan salah seorang pemain pickleball yang cukup disegani oleh lawan di rantau Asia Tenggara.

“Saya masih bergiat aktif dalam sukan pickleball walaupun di usia sebegini (50an) dan motivasi utama saya adalah apabila memenangi pelbagai kejohanan yang saya sertai dan saya berharap akan terus bermain dan terus memenangi pingat emas,” katanya ketika ditemui pemberita selesai majlis penutupan Kejohanan Antarabangsa Pickleball Borneo (BPIT) 2024 di Kuching pada Ahad.

Sementara bagi jurufoto, Afiq Aziz, 37, bersama rakan beregunya yang juga seorang jurufoto, Izzuddin Mohd Razali, 35, kejayaan ini amat bermakna buat kedua-dua mereka apabila ini merupakan kali pertama mereka berganding sebagai beregu dalam kategori novis (baharu) ini.

“Syukur Alhamdulillah kami diberi rezeki untuk menjadi juara bagi kategori beregu lelaki novis. Jadi, kami berdua berazam untuk menyertai lebih banyak lagi kejohanan selepas ini, untuk lebih memperbaiki diri selain menambah pengalaman.

“Kami juga berharap agar lebih banyak lagi kejohanan diadakan di Kuching kerana saya lihat sukan pickleball ini berkembang dengan begitu pantas di Malaysia, apatah lagi di Amerika Syarikat sejak dahulu lagi. Kami berharap untuk menyertai lebih banyak lagi kejohanan dan lebih menguasai sukan pickleball ini,” ujarnya.

Bagi pasangan beregu yang baharu saja digabungkan kurang daripada enam bulan yang lalu, Pengurus Sumber Manusia, Faustino Mundaw,37, dan Pengurus Projek, Sean Aziz, 38, melihat kejayaan meraih tempat ketiga menyemarakkan lagi semangat pasangan beregu ini untuk lebih berjaya dalam sukan pickleball ini.

“Saya berharap kami ada dapat bermain secara beregu lagi di kejohanan akan datang dan pada masa yang sama akan beralih ke kategori yang lebih tinggi daripada kategori novis (baharu) ini. Kami berharap akan dapat memenangi kategori pertengahan (intermediate) dalam beregu lelaki dalam pertandingan tempatan atau antarabangsa.

“Saya amat gembira dengan pasangan beregu kami ini dan saya merasakan kami bekerjasama dengan amat baik pada kejohanan ini, kolaborasi dan persefahaman berpasukan yang baik, banyak lagi yang perlu diperbaiki, namun tetap bangga dengan pencapaian kami di tempat ketiga,” katanya.

Kejohanan Antarabangsa Pickleball Borneo 2024 ini sudah pastinya akan meninggalkan pelbagai kenangan kepada lebih 500 pemain sukan pickleball ini dan lebih istimewa lagi, mereka merupakan kumpulan pertama yang berjaya beraksi di gelanggang sukan pickleball terbesar di rantau Asia Tenggara ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan