Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail AFP

Hampir separuh pusat kesihatan asas di kawasan konflik Lubnan ditutup, lapor WHO

ByBernama

MOSCOW, 13 Okt: Sebanyak 100 daripada 207 pusat kesihatan asas di kawasan konflik di Lubnan ditutup sementara jumlah mangsa yang cedera terus meningkat, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Sabtu, lapor Sputnik.

“Daripada 207 pusat kesihatan asas di kawasan konflik di Lubnan, 100 kini ditutup disebabkan peningkatan keganasan. Lima hospital telah ditutup akibat kerosakan struktur susulan serangan,” catatnya di platform X.

Sekurang-kurangnya 100 orang terbunuh dalam serangan terhadap kemudahan perubatan, tambahnya.

“Jumlah individu yang cedera semakin meningkat. Sistem kesihatan bergelut untuk menampungnya kerana kekurangan sumber manusia dan kapasiti. Kami menyeru perlindungan segera ke atas pesakit dan pekerja kesihatan. Kami menyeru untuk keamanan,” kata Tedros.

Sejak 1 Oktober, Israel menjalankan operasi darat terhadap Hizbullah di selatan Lubnan. Jumlah korban akibat serangan Israel melebihi 2,000 orang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan