LUNDU, 13 Okt: Dua wanita cedera selepas kereta dinaiki jatuh gaung sedalam dua meter di bulatan menuju Pekan Sematan di sini, awal pagi tadi.
Komander Operasi, Erwan Iskandar Abang berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 5.24 pagi dengan menggerakkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu ke lokasi kejadian.
“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi kemalangan kendiri telah terjatuh ke gaung tepi jalan berhampiran bulatan menuju ke Pekan Sematan dan terdapat dua mangsa perempuan berusia 19 dan 20 tahun di dalam kenderaan tersebut.
“Pihak bomba membuat size up di lokasi kejadian. Mangsa pertama telah dikeluarkan oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam MAlaysia (APM) bersama pihak polis dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans APM,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mangsa kedua yang tersepit dikeluarkan oleh pasukan bomba dengan menggunakan rescue tools dan seterusnya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut. – TVS