KUCHING, 13 Okt: Borneo Sonic Music Festival (BSMF) 2024 menjadi pentas sulung penyanyi rap Korea Selatan, Jessi di Malaysia.
Jessi atau nama sebenar Jessica Ho menyatakan tidak menyangka bahawa dia memiliki ramai peminat di Kuching dan Malaysia amnya.
“Saya akan kembali dan adakan konsert di Malaysia,” laung Jessi ketika berinteraksi dengan pengunjung di festival muzik itu.
Sementara itu, Jessi mencuri kira-kira 20,000 hati penonton dengan interaksi ramahnya dengan peminat, serta persembahannya yang bertenaga.
Di pentas BSMF itu, Jessi mendendangkan lagu What Type of X, Gucci, Smoke, Cold Blooded, Gum dan lagu viralnya Zoom.
Jessi turut menutup tirai BSMF 2024 dengan lagu hitnya berjudul Nunu Nana.
BSMF 2024 telah diadakan selama dua hari mulai 11 hingga 12 Oktober di Stadium Sarawak. – TVS