KUCHING, 13 Okt: Judika memberi bayangan akan kembali ke pentas Borneo Sonic Music Festival (BSMF) pada tahun hadapan.
Penyanyi terkenal Indonesia itu menyatakan perkara tersebut ketika membuat persembahan di hari kedua festival muzik itu malam tadi.
Katanya, sambutan meriah peminat ketika persembahannya mendorong dia memasang niat untuk kembali menyantuni peminat dengan lagunya.
Semalam, Judika telah menyajikan pengunjung BSMF dengan beberapa lagu pilihan antaranya Bukan Rayuan Gombal, Sampai Kau Jadi Milikku, Tak Mungkin Bersama, Mapala dan lain-lain.
Judika juga turut tidak ketinggalan untuk menyanyikan lagu popularnya Baik-baik Saja.
Malam kedua festival muzik itu turut dimeriahkan oleh barisan artis popular lain seperti Jessi, Yuna, Dolla, DJ Blink, Natalie La Rose, Jess Lee, Slumberjack dan Zed X. – TVS