Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bot laju yang terbakar di Pelabuhan Bobong, Taliabu, Maluku Utara, Indonesia. Foto Pejabat SAR Ternate

6 terkorban dalam insiden bot laju meletup di Maluku Utara

JAKARTA, 13 Okt: Seramai enam orang dilaporkan maut manakala 10 lagi cedera apabila sebuah bot laju meletup dan terbakar di Pelabuhan Bobong, Taliabu, Maluku Utara, Indonesia pada petang semalam.

Difahamkan, bot laju itu membawa 33 penumpang termasuk calon Gabenor dan Timbalan Gabenor Maluku Utara, Benny Laos-Sabrin Sehe yang dalam perjalanan kempennya manakala calon Gabenor disahkan meninggal dunia dalam kejadian itu.

Menurut Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat (SAR) Ternate Fatur Rahman, kejadian berlaku ketika bot itu berlabuh untuk mengisi minyak yang kemudiannya meletup dan terbakar.

“Berdasarkan laporan yang kami terima, bot laju itu berlabuh di pelabuhan untuk mengisi minyak, sejurus selepas itu berlaku letupan menyebabkan kapal itu terbakar,” katanya.

Beliau mendedahkan, walaupun ada di antara mangsa cuba menyelamatkan diri dengan terjun keluar dengan bantuan penduduk berhampiran, namun ada mangsa tersepit di dalam bot berkenaan sehingga menjadi mangsa dalam kejadian itu.

Ketika ini proses pemindahan baharu sahaja selesai dan kesemua mangsa telah berjaya dipindahkan termasuk mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital tempatan.

Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian akan dijalankan oleh pasukan forensik dari Polis Daerah Maluku Utara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan