Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyampaian sumbangan disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Foto TVS

150 penerima sumbangan sempena Hari Lahir TYT

KUCHING, 13 Okt: Seramai 150 orang penerima sumbangan pada Majlis Jamuan Teh yang diadakan sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-87 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar di sini, hari ini.

Penyampaian sumbangan itu diadakan di Sarawak Chamber, Putri Wing Riverside Majestic Hotel yang turut dihadiri isterinya Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Penerima -penerima sumbangan terdiri daripada 63 lelaki dan 87 perempuan dari Taman Seri Puteri Kuching, Asrama Akhlak (perempun) Kuching, Sekolah Tunas Bakti Kuching, Desa Bina Diri Kuching, Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Haji Kuching, penerima bantuan bulanan dan Rumah Seri Kenangan Kuching.

Setiap penerima telah menerima sumbangan berbentuk wang tunai sebanyak RM100 yang merupakan sumbangan daripada Kerajaan Sarawak dan hamper daripada Petronas dan Petros.

Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Dalam pada itu,majlis dimeriahkan lagi dengan upacara memotong pulut kuning oleh  Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama kenamaan lain.

Turut hadir Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri- Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Tenaga & Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni, Timbalan Menteri Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak, Datuk Abdullah Saidol, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) Dato Henry Harry Jinep dan ADUN Bukit Goram, Jefferson Jamit Unyat.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan