Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wang tunai dan dokumen yang berkaitan dirampas oleh ESSCOM dalam Operasi Jenayah Rentas Sempadan kelmarin (Jumaat). Foto ESSCOM

Wang tunai RM1.4 juta dirampas dalam operasi jenayah rentas sempadan

TAWAU, Okt 12: Enam individu berusia 40 hingga 47 tahun ditahan dalam satu operasi besar-besaran di Tawau selepas pihak berkuasa merampas wang tunai bernilai RM1.4 juta dipercayai berkaitan jenayah rentas sempadan.

Operasi Jenayah Rentas Sempadan (JRS) yang dikendalikan oleh Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman kelmarin turut merampas beberapa peralatan seperti telefon dan dokumen serta fail berkaitan.

Kesemua suspek kini ditahan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Dalam kenyataan media hari ini, Komander ESSCOM, DCP Datuk Victor B Sanjos berkata, operasi yang menyasarkan sembilan premis di Tawau itu menglibatkan 84 petugas.

“Operasi ini bertujuan membanteras aktiviti penyeludupan barangan tidak bercukai dan memastikan keselamatan di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) terus terjamin.

“Kejayaan operasi ini menunjukkan komitmen pihak berkuasa dalam memerangi jenayah rentas sempadan yang dilihat semakin mengancam sosioekonomi dan ketenteraman awam di kawasan pantai timur Sabah.

“ESSCOM akan terus memperluas operasi bersepadu seperti ini di seluruh ESS Zone bagi memastikan sebarang elemen jenayah rentas sempadan dapat dikekang sepenuhnya,” katanya.

Pihak ESSCOM juga menyeru masyarakat untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti atau insiden keselamatan di ESS Zone melalui talian 089-863181 atau aplikasi WhatsApp di 011-63311072. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan