KUCHING, 12 Okt: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohamad Sanusi menghadiri Majlis Jamuan Negeri Sempena Sambutan Hari Lahir ke-78 Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) malam ini.
Ketibaan Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah disambut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang turut hadir pada majlis tersebut.
Tetamu lain yang hadir termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dipimpin Imam Besar Sarawak Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi diikuti persembahan pembukaan gurindam jiwa oleh penyanyi terkenal tanah air, Dayang Nurfaizah dan Bob Yusuf.
Penghibur lain yang membuat persembahan termasuk Herman Tino, Bunga Citra Lestari, Dewi Liana Seristha, Firdaus Materang, Claudia Geres, Gabriel Fairuz, Shann Liaw, Mal Imran dan persembahan orkestra.
Kemuncak majlis adalah upacara memotong ke hari lahir dan tayangan video khas yang didedikasikan kepada Tun Wan Junaidi.
Majlis diakhiri dengan pertunjukan bunga api.-TVS