Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi semasa menyempurnakan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak Tahun 2024 pada 16 September di Sri Aman. Foto fail TVS

Toh Puan Fauziah dahului senarai penerima darjah kebesaran sempena hari jadi TYT Sarawak

KUCHING, 12 Okt: Isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi mendahului senarai 1,046 penerima darjah kebesaran sempena Sambutan Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini.

Toh Puan Fauziah menerima Darjah Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) yang membawa gelaran Datuk Patinggi.

Turut menerima DP ialah Pengerusi Yayasan Tun Jugah Tan Sri Leonard Linggi Jugah.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli dianugerahkan Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran Dato Sri.

Penerima lain ialah Ketua Masyarakat Melayu Sibu Temenggong Datuk Wan Hamid Edruce Tuanku Mohammad, Peguam Besar Sarawak Datuk Saferi Ali dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Dr Muhammad Abdullah Zaidel.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Huang Tiong Sii, Setiausaha Sulit Kanan Premier Sarawak Datuk Khir Busrah dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) Datuk Ismawi Ismuni dianugerahkan Darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) membawa gelaran Dato.

Pengarah Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak Hamdan Sharbini serta Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Prof Dr Neilson Ilan Mersat antara 12 penerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) membawa gelaran Datu.

Sebanyak 18 individu menerima Darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) membawa gelaran Datuk antaranya Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman, Datuk Bandar Kuching Utara Hilmy Othman dan Setiausaha Akhbar kepada Premier Sarawak Ambrose Cheng Loi Hee.

Sambutan kali ini turut menyaksikan tiga individu menerima Johan Bintang Sarawak (JBS), seorang menerima Johan Bintang Kenyalang (JBK), 20 menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC), 15 menerima Pegawai Bintang Sarawak (PBS) dan 98 Pegawai Bintang Kenyalang (PBK).

Sebanyak 143 individu dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Bakti, Ahli Bintang Sarawak (76), Ahli Bintang Kenyalang (198), Pingat Perkhidmatan Terpuji (194) dan Bentara Bintang Sarawak (259). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan