Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tindakan pantas penduduk berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Gayau Padok di sini, hari ini. Foto JBPM

Tindakan pantas penduduk berjaya selamatkan rumah

SIMUNJAN, 12 Okt: Tindakan pantas penduduk berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Gayau Padok di sini, hari ini.

Komander Operasi, Awang Johari Awang Onget berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 11 pagi dengan menggerakkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah struktur kekal satu tingkat terbakar 60 peratus dan dipadamkan oleh penduduk kampung.

“Tiga penghuni yang tinggal di rumah berkenaan berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kebakaran melibat siling atas yang bermula dari dalam bilik rumah hingga ke ruang tamu.

“Pihak bomba membuat pengudaraan di dalam rumah dengan membuka semua tingkap dan pintu rumah,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan