BINTULU, 12 Okt: Tindakan pantas orang awam berjaya menyelamatkan dua kereta mewah daripada musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Bukit Orang di sini, malam tadi.
Komander Operasi, Eric Wilson berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 11.57 malam dengan menggerakkan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi kejadian.
“Setibanya di tempat kejadian, di dapati berlaku kebakaran kereta jenis Mercedes CLS 350 dan sebuah kereta jenis Toyota Land Cruiser terbakar di bahagian belakang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, kebakaran berjaya dipadamkan oleh orang awam dengan menggunakan air paip sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.
“Pihak bomba bertindak membuat pemantauan di lokasi bagi memastikan tiada lagi punca api,” ujarnya. – TVS