Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Siasatan punca kebakaran kapal tangki Jerman ditangguhkan risiko gas berbahaya

ByBernama

KIEL (Jerman), 12 Okt: Pakar pada pagi Sabtu masih belum dapat memulakan siasatan punca kebakaran di atas kapal tangki minyak Jerman di Laut Baltik kerana risiko pengumpulan gas selepas api dipadamkan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kapal itu perlu diletakkan di satu lokasi terlebih dahulu untuk membolehkan gas berbahaya dibebaskan, menurut seorang jurucakap polis perairan Rostock.

Proses pelepasan gas ini penting bagi memastikan keselamatan kerja penyiasat kebakaran, tegasnya.

Belum dapat dipastikan bila siasatan dapat dimulakan. Pegawai berkata tiada bara api baharu ditemukan sepanjang malam. Kapal itu kini berlabuh dan dalam keadaan terkawal di pelabuhan Rostock.

Annika, kapal sepanjang 73 meter yang membawa 640 tan minyak bahan api berat ketika kebakaran berlaku pada awal pagi Jumaat, telah ditunda sepanjang malam ke pelabuhan timur laut Jerman, apabila kebakaran itu berjaya dipadamkan. Kargo kapal tidak terjejas.

Sekitar 120 pekerja kecemasan terlibat dalam operasi itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan