Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor menderma darah. Foto BBP Bintangor

Setitis darah, seribu makna

BINTANGOR, 12 Okt: Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor menganjurkan program derma darah sebagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan dalam usaha mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat.

Program bermula jam 8.30 pagi itu diadakan di perkarangan lobi balai bomba berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Penolong Penguasa Nicholas Belulin berkata, penderma bukan hanya mendapat sambutan anggota balai tetapi juga penduduk sekitar Bintangor.

“Antara matlamatnya termasuklah menampung keperluan bekalan darah di Hospital Sarikei.

“Kita berharap melalui sumbangan itu dapat membantu mereka yang memerlukan, ” katanya ketika dihubungi TVS.

Beliau berkata, penganjuran program seperti itu mampu menjadikan balai bomba sebagai pusat aktiviti sihat sekali gus mengeratkan hubungan dalam kalangan penduduk setempat.

Bomba Bintangor sememangnya aktif merangka program dalam usaha mendampingi masyarakat selain menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat melalui aktiviti amal.

“Dalam menyelamatkan nyawa dan harta benda, bomba juga tidak lupa menderma darah, semoga aktiviti yang kita anjurkan dapat membantu insan lain,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, program tersebut memberi peluang kepada anggota untuk berbakti melalui pendekatan berbeza dengan tugas hakiki sebagai anggota bomba.

“Ia juga memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa peranan bomba bukan hanya dalam menjaga keselamatan malah meliputi aspek kerohanian dan sosial.

“Sepanjang penganjurannya, kita berjaya mengumpul sebanyak 15 beg darah, sehubungan itu saya berterima kasih kepada semua yang terlibat menjayakannya,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan