Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa Sambutan Perayaan Hari Lahir ke-78 Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Padang Merdeka hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Sarawak tekad hapuskan kemiskinan menerusi pelbagai dasar ekonomi

KUCHING, 12 Okt: Sarawak bertekad menghapuskan kemiskinan dengan memperkenalkan dasar ekonomi berlandaskan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, PCDS 2030 terbukti mampu melonjakkan ekonomi Sarawak ke tahap lebih tinggi berbanding 10 tahun lepas.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak memperkenalkan dasar dan inisiatif memfokuskan kepada inovasi teknologi serta industri mempunyai nilai tambah tinggi selain mengambil langkah strategik untuk mengembangkan aset strategik.

Tambahnya, usaha mempelbagaikan ekonomi bukan sahaja akan memperkukuh ekonomi Sarawak tetapi menjadikan wilayah ini lebih berdaya tahan terhadap cabaran global.

“Sarawak mengambil langkah untuk menjadi pemegang saham terbesar dalam Bank Affin dengan pegangan sebanyak 31.25 peratus.

“Langkah ini bukan sahaja akan mengukuhkan kedudukan Sarawak dalam sektor kewangan tetapi membantu memacu ekonomi wilayah ini melalui pelbagai platform fasiliti kewangan khususnya untuk pembangunan industri kecil dan sederhana.

“Selain itu, pengambilalihan Pelabuhan Bintulu oleh Kerajaan Sarawak adalah satu lagi kejayaan strategik bagi memastikan kawalan penuh ke atas pelabuhan utama ini yang menjadi nadi kepada ekonomi Sarawak terutama dalam perdagangan dan eksport bahan komoditi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa Sambutan Perayaan Hari Lahir ke-78 Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Padang Merdeka hari ini.

Abang Johari menjangkakan aktiviti dan khidmat perkapalan di Pelabuhan Bintulu akan meningkat dengan pelancaran Borneo Supply Base kendalian Lembaga Pelabuhan Bintulu.

Sementara itu menurutnya, pengambilalihan syarikat MASwings yang kini pada peringkat rundingan lanjutkan dijangka selesai tidak berapa lama lagi.

“Sarawak memerlukan khidmat penerbangan yang berada di bawah kawalan sendiri bukan sekadar sebagai kemudahan membawa penumpang keluar dan masuk tetapi lebih penting merupakan pelaburan untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dan rantaian khidmat sokongan,” ujarnya.

Bukan itu sahaja katanya, pelantikan syarikat minyak milik Sarawak, Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) sebagai aggregator gas tunggal akan terus mengukuhkan ekonomi Sarawak dengan harapan pendapatan isi rumah akan meningkat ke tahap lebih tinggi berbanding kadar nasional.

Strategi mempelbagaikan ekonomi berteraskan dan dipacu teknologi daripada ekonomi berteraskan pertanian dan komoditi dilihat membuahkan hasil daripada Bank Dunia terus mengiktiraf Sarawak yang mempunyai pendapatan tinggi pada 2022 dan 2023.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan