KUCHING, 12 Okt: Rundingan lanjutan dalam proses pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh Kerajaan Sarawak akan dimuktamadkan tidak lama lagi.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia adalah rancangan yang diambil kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi wilayah ini.
āSarawak memerlukan khidmat penerbangan yang berada di bawah kawalannya sendiri bukan sekadar sebagai kemudahan untuk membawa penumpang keluar dan masuk tetapi yang lebih penting ianya merupakan suatu pelaburan untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dan rantaian khidmat sokongan,ā katanya ketika berucap pada Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa Sambutan Perayaan Hari Lahir ke-78 Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Padang Merdeka hari ini.
Rundingan pengambilalihan syarikat itu dijalankan Kerajaan Sarawak dengan Malaysia Aviation Group (MAG) dan Khazanah Nasional Bhd untuk membeli saham dalam MASWings.
Menurut Abang Johari, Sarawak mahu mensasarkan wilayah ini dijadikan sebagai hab penerbangan serantau menerusi pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang baharu yang berkonsepkan Lapangan Terbang Antarabangsa Doha di Qatar.
āLapangan terbang ini nanti akan dilengkapkan dengan kemudahan tercanggih sejajar dengan sasaran untuk membangunkan lapangan terbang tersebut sebagai hub penerbangan serantau.
āSektor teknologi merupakan satu lagi enabler kepada transformasi ekonomi Sarawak di bawah PCDS 2030.
āPelancaran akademi aeroangkasa berpusat di CENTEXS Lundu merupakan langkah penting bagi mempersiapkan modal insan yang kompeten dalam bidang aerangkasa dan bidang yang berkaitan di bawah program aeroangkasa kebangsaan,ā ujarnya.-TVS