Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Satu blok rumah pekerja ladang kelapa sawit di Jelalong 3 Estate, Bintulu, musnah dalam kebakaran hari ini. Foto JBPM

Rumah pekerja ladang sawit di Bintulu musnah dalam kebakaran

BINTULU, 12 Okt: Satu blok rumah pekerja ladang kelapa sawit di Jelalong 3 Estate di sini musnah dalam kebakaran hari ini.

Komander Operasi, Mazlan Tanin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 10.34 pagi tadi dengan menggerakkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan satu blok rumah pekerja lima pintu struktur tidak kekal.

“Bagaimanapun, kebakaran itu tidak melibatkan kecederaan mangsa kerana semua penghuni berjaya menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, ladang berkenaan terletak kira-kira 300 kilometer dari Bandar Bintulu, laluan ke lokasi kejadian menggunakan jalan balak Ulu Tubau Bintulu.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan