Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese telah memberi penghormatan kepada mereka yang terkorban dan cedera dalam pengeboman Bali pada ulang tahun ke-22 serangan itu. Foto fail AFP

PM Australia memperingati mangsa pada ulang tahun ke-22 pengeboman Bali

ByBernama

CANBERRA, 12 Okt: Perdana Menteri Australia telah memberi penghormatan kepada mereka yang terkorban dan cedera dalam pengeboman Bali pada ulang tahun ke-22 serangan itu, lapor Xinhua.

Anthony Albanese pada Sabtu berkata serangan pengganas di pulau Bali, Indonesia yang mengorbankan 202 orang, termasuk 88 warga Australia dan 38 warga Indonesia telah menghancurkan kegembiraan dan persahabatan tanpa belas kasihan.

“Kami mengenang semua orang – warga Australia, Indonesia dan lain-lain dari seluruh dunia – yang tidak sempat kembali ke rumah. Kami juga mengenang semua yang masih menanggung kehilangan, sama ada emosi mahupun fizikal,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial.

Dua bom diletupkan di pusat pelancongan popular Pantai Kuta kira-kira 11 malam waktu tempatan pada 12 Oktober 2002, manakala satu lagi bom diletupkan berhampiran konsulat AS di Denpasar.

Selain 202 orang maut, lebih 200 yang lain cedera. Ia kekal sebagai kehilangan nyawa warga Australia terbesar dalam serangan pengganas dan kehilangan nyawa terbesar warga Australia sejak Perang Dunia Kedua. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan