Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba bersama-sama orang awam mengangkat kenderaan terlibat untuk mengeluarkan mangsa.Foto: JPBM

Penunggang motosikal maut terperosok di bawah kereta

TENOM, 13 Okt: Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan dua kenderaan dalam kemalangan di Jalan Kemabong, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Amir Mustafa, 55, yang menunggang motosikal Yamaha LC135 bertembung dengan kereta Proton Iswara dan Perodua Bezza.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas terperosok dibawah Proton Iswara.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Penolong Penguasa Bomba, Mudi Pengiran berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.28 petang.

Katanya, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama jentera terus digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, mangsa didapati terperosok di bawah salah sebuah kereta terlibat.

“Pasukan bomba yang dibantu orang awam terus bertindak mengangkat kereta berkenaan bagi mengeluarkan mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut hadir membantu di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan operasi kemudiannya melakukan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 7.01 malam,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan